Sehari Bersama Falak MITIB
06 Mei 2008 – Kampung Bandar – Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui Bahagian Falak bersama
Maahad Intergrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) telah mengadakan program “Sehari Bersama Falak”
sempena "Program Jati Diri". Program ini telah diadakan di Auditorium As-Syatibi MITIB, Banting. Program ini dimulakan
dengan pendaftaran pada jam 8.30 pagi diikuti pembentangan kertas kerja bertajuk “kepentingan Arah
Qiblat” oleh Ustaz Hairul Anuar Samingan. Selain itu, peserta didedahkan dengan Pratikal Penentuan Arah Qiblat
oleh Ustaz Abdul Latip. Program ini disambung di Bukit Jugra untuk mencerap anak bulan Jamadil Awwal 1429. program
ini diikuti seramai 56 orang pelajar.
Monday, February 16, 2009
PELAJAR CEMERLANG SABK / MITIB TERIMA BIASISWA GALAKAN"
Shah Alam, 23 Januari - Seramai 2,163 orang pelajar cemerlang tahun 2007 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Selangor dan Maahad Integrasi Tahfiz Istana Banda (MITIB), Jugra hari ini menerima biasiswa galakan MAIS yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM 778,680.00. Biasiswa sebanyak RM 360.00 setahun bagi setiap pelajar cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.
Sekolah Agama Menengah BESTARI, USJ 5, Subang Jaya menerima jumlah terbanyak iaitu sebanyak RM 150,480.00 yang melibatkan 418 orang pelajar, diikuti Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin, Kg. Jawa, Klang sebanyak RM 111,240.00 (309 orang) dan Sekolah Agama Menengah Batu 10, Hulu Langat - RM 59,040.00 (164 orang).
Biasiswa Galakan MAIS ini diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dengan mendapat markah 90 % ke atas, Penilaian Menengah Rendah (PMR), minima 7A, Sijil Menengah Agama (SMA), 75% ke atas, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 7A, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Minima 2P dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mendapat keputusan Jayyid Jiddan
Biasiswa Galakan MAIS telah diwujudkan sejak tahun 2003 bertujuan memberi galakan kepada pelajar agar belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.
Biasiswa disampaikan oleh SS Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di satu majlis ringkas yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah, Pendidikan Islam, JAIS, Tuan Haji Mohamad Amir bin Danuri dan Wakil Lembaga Zakat Selangor, Encik Abdul Malek Awang Besar - Unit Perhubungan Awam, JAIS

MITIB merupakan singkatan kepada Maahad Tahfiz Istana Bandar yang terletak di Kampong Bandar, Jugra, Banting Kuala Langat. Bangunan sedia ada MITIB merupakan bekas Maahad Tahfiz Istana Aleuddin Bandar (MATISDAR) yang telah ditutup pada tahun 2005.
MITIB lahir daripada komitmen dan kehendak tenaga pendidik dan pegawai Bahagian Pendidikan Islam yang mahukan negeri Selangor mempunyai satu pusat tahfiz sebagai model dan rujukan kepada sekolah tahfiz swasta dan persendirian .Perbelanjaan sebanyak 1.5 juta untuk membiayai program tahfiz di MATISDAR oleh pihak KUIS adalah di luar kemampuan pihak KUIS dan keadaan ini memberikan justifikasi kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk melaksanakan program Tahfiz Al Quran dan Sistem Pendidikan Kebangsaan melalui keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Islam MAIS Bil. 1/2006.
Keputusan berkenaan diperkuatkan lagi dengan hasil mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Bil.9/2007 bertarikh 28 Mac 2007) bersetuju menjadikan Istana Bandar di Jugra, Banting sebagai Pusat Pendidikan Islam dan akhirnya pada 3 Ogos 2007 ketika majlis mengadap Yang Teramat Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, baginda tuanku telah berkenan supaya bangunan MATISDAR dijadikan sekolah tahfiz dan sains.
Pada 13 November 2007, YB. Dato' Haji Abd. Rahman bin Haji Palil, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat telah meluluskan satu kertas cadangan untuk melaksanakan program Tahfiz dan Sains di bangunan MATISDAR. Pada awalnya, kewujudan maahad tahfiz baru ini dinamakan dengan MITSA atau Maahad Integrasi Tahfiz Sultan Alaeddin dan kemudiaannya di tukar kepada Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar selepas mengambil kira pandangan tertentu yang lebih arif .
Bermula 30 November 2007, Bahagian Pendidikan Islam telah memulakan langkah memilih murid-murid untuk ditawarkan sebagai murid ambilan pertama MITIB dengan mengadakan sesi ujian bertulis. Pada 28 Januari 2008, dengan rasminya MITIB mula beroperasi dengan pengambilan murid seramai 60 orang untuk mengikuti pengajian Tahfiz dan Sains di MITIB. Ustaz Anas bin Ayob, Ketua Pusat Latihan Pendidikan Islam, Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) telah dilantik menjadi Pengetua pertama MITIB.MITIB beroperasi melaksanakan pengambilan murid seramai +70 orang setahun dari tingkatan satu hingga lima dengan melaksanakan kurikulum Pendidikan Islam JAIS, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Aliran sains Tulin) dan kelas tahfiz Al -Quran.
PELAJAR SULUNG MITIB MENDAFTAR DIRI
BANTING - Seramai 60 orang pelajar telah membuka lembaran baru sistem pendidikan Islam di Selangor apabila diterima masuk ke Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) mulai 28 Januari, 2008 yang lalu. Mereka adalah 30 murid lelaki dan 30 murid perempuan yang telah mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan telah melalui beberapa proses saringan serta temuuga sebelum diterima masuk ke MITIB.
MITIB adalah sebuah sekolah yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor akan mendokong falsafah pendidikan Islam berorientasikan integrasi dan holistik. Ia juga merupakan satu program pendidikan yang bersifat integrasi bagi melahirkan pelajar huffaz dan sekaligus menguasai disiplin ilmu yang seimbang dan sepadu. Pembelajaran yang mengambil masa selama 5 tahun bermula tingkatan satu hingga tingkatan lima akan menggunakan tiga kurikulum iaitu Kurikulum Kebangsaan (KBSM), Kurikulum sukatan Al-Azhar dan Sukatan Tahfiz Al-Quran MITIB dalah satu program pendidikan yang berteraskan Islam dan bermatlamatkan melahirkan generasi hafiz Al-Quran yang juga menguasai ilmu sains dan teknologi, ilmu-ilmu bahasa dan peradaban. Pelajar juga akan menduduki peperiksaan awam seperti PMR, SMA dan SPM. Pelajar yang cemerlang juga berpeluang mengikuti melanjutkan pengajian di Mesir.Pendaftaran pelajar perintis program pendidikan MITIB telah diadakan di Maahad Intigrasi Tahfiz Istana Bandar, Jugra, Banting pada 28 Januari, 2008 yang mana telah juga dihadiri oleh YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Palil, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor.YB Dato' Haji Abdul Rahman Palil dalam ucapannya berkata kelahiran MITIB di dalam sebuah negeri maju amatlah penting, terutamanya dalam mendidik murid-murid agar menjadi sumber modal insan di masa depan. Mereka merupakan asset yang amat berharga di masa hadapan. Bimbingan daripada guru-guru yang berpengalaman juga penting agar murid-murid tidak terjerumus dalam kancah yang nagetif sehingga merosakkan identity agama, bangsa dan Negara. Beliau juga menasihatkan murid yang terpilih agar sentiasa taat dan patuh kepada ibubapa dan guru, ikutilah pelajaran dengan penuh minat, tunaikanlah tanggungjawab dan tugas yang diberikan dengan bersungguh-sungguh dan tekun, sentiasalah berdisiplin, berakhlak mulia dan tidak merosakkan harta sekolah. Buktikanlah kepada ibibapa dan masyarakat bahawa murid mampu mencipta kecemerlangan.Di majlis tersebut, YB Dato' Abdul Rahman juga berkesempatan membuat lawatan ke asrama serta kelas bagi memastikan keadaan terjamin dan selesa untuk dihuni oleh murid-murid.Majlis turut dihadiri oleh YAD Raja Dato' Haji Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah, Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat, SS Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor dan Tuan Haji Amir bin Danuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)