PELAJAR CEMERLANG SABK / MITIB TERIMA BIASISWA GALAKAN"
Shah Alam, 23 Januari - Seramai 2,163 orang pelajar cemerlang tahun 2007 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Selangor dan Maahad Integrasi Tahfiz Istana Banda (MITIB), Jugra hari ini menerima biasiswa galakan MAIS yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM 778,680.00. Biasiswa sebanyak RM 360.00 setahun bagi setiap pelajar cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.
Sekolah Agama Menengah BESTARI, USJ 5, Subang Jaya menerima jumlah terbanyak iaitu sebanyak RM 150,480.00 yang melibatkan 418 orang pelajar, diikuti Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin, Kg. Jawa, Klang sebanyak RM 111,240.00 (309 orang) dan Sekolah Agama Menengah Batu 10, Hulu Langat - RM 59,040.00 (164 orang).
Biasiswa Galakan MAIS ini diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dengan mendapat markah 90 % ke atas, Penilaian Menengah Rendah (PMR), minima 7A, Sijil Menengah Agama (SMA), 75% ke atas, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 7A, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Minima 2P dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mendapat keputusan Jayyid Jiddan
Biasiswa Galakan MAIS telah diwujudkan sejak tahun 2003 bertujuan memberi galakan kepada pelajar agar belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.
Biasiswa disampaikan oleh SS Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di satu majlis ringkas yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah, Pendidikan Islam, JAIS, Tuan Haji Mohamad Amir bin Danuri dan Wakil Lembaga Zakat Selangor, Encik Abdul Malek Awang Besar - Unit Perhubungan Awam, JAIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment